:
PENGENALAN
Share:



Merupakan sebuah pusat pengajian islam bagi warga dewasa.

Tercetus idea penubuhan pada tahun 2010 apabila Ust Hj Haron ingin mewakafkan tanah miliknya seluas 3.5 ekar.

Pada 17 Januari 2011 telah diadakan mesyuarat AJK penaja dan tinjauan lokasi bagi pembinaan.

Pada 12 Mac 2011 telah tertubuh sebuah AJK secara rasmi iaitu penubuhan Darussolehah Bukit Gantang yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan Negara (ros), No Pendaftaran : 1178-11-prk

Gerak kerja yang dilaksanakan siang dan malam adalah bagi merialisasikan tujuan penubuhan, dengan mencari dana ,cuci tapak, tambah tanah dan sebagainya bersama kontraktor.

Pembinaan siap dibina pada Tahun 2015 dan hasilnya memuaskan, tanah berukuran 3.5 ekar ini dapat membina sebuah Surau berukuran 70x 120 kaki dan 67 unit pondok yang berukuran 10 x 15 perunit.

Pada tahun yang sama 2015 telah diwakafkan pula oleh kakak kepada Ust Hj Haron tanah seluah hampir 2 ekar dan menjadikan keseluruhannya tanah wakaf seluas 6 ekar lebih.

Januari 2015 merupakan hari indah apabila kelas pertama dapat diraikan dengan kehadiran yang meriah dari peserta dan warga sekitar.